Pages

Wednesday, July 7, 2010

Semi Final : SPAIN vs GERMANY



Perlawanan separuh akhir antara Sepanyol dan Jerman awal pagi nanti ibarat ulangan Final Euro 2008 yang mana Sepanyol dimahkotakan gelaran Juara Eropah setelah menewaskan Jerman dengan jaringan 1-0 pada perlawanan akhir tersebut. Gol tunggal tersebut dijaringkan oleh Fernando Torres, pemain yang dilihat masih kurang menyerlah pada kejohanan Piala Dunia 2010 ini berbanding rakan penyerangnya yang sangat berbisa iaitu David Villa yang sudah pon meledakkan 5 gol sepanjang kejohanan ini bagi merebut Golden Boot.

Villa sekarang berkongsi jaringan dengan pemain tengah Belanda iaitu Wesley Sneijder yang turut meledakkan 1 gol ketika Belanda menewaskan Uruguay 3-2 dalam perlawanan separuh akhir penuh dramatik. Klose juga turut bersaing dalam perebutan kasut emas tersebut. Dia juga sudah merekodkan 14 gol dalam Piala Dunia menyamai pencapaian Lagenda Jerman iaitu Gerd Muller dan hanya ketinggalan 1 gol untuk menyamai pemegang rekod kejohanan iaitu Ronaldo dari Brazil dengan 15 gol.

 The Scoring Machine : VILLA vs KLOSE

Apa yang pasti, perlawanan antara Sepanyol dan Jerman nanti pasti menjanjikan aksi menarik dan dramatik kerana Jerman setakat ini mempamerkan aksi yang sangat memberangsangkan dengan meratah England dan Argentina pada perlawanan sebelum ini. Sepanyol pula kali pertama mara ke separuh akhir dan mengintai peluang untuk menjadi Juara Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah bola sepak mereka.  Sama-sama kita tunggu siapakah lawan Belanda di final nanti. Sepanyol atau Jerman? ViVA eSPANA!

Perang mulut antara Villa dan Klose.. hehe..

0 360 juta komen: