Pages

Saturday, July 17, 2010

Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!


Mengikut kajian, lelaki terangsang 30 kali dalam sehari. Kepada kaum Hawa, peliharalah aurat anda dengan sebaik-baiknya. Menutup aurat bukan hanya sekadar pakai tudung. Ingatlah! JANGAN.....

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan ayat al-Quran ada menyebut dengan meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Cara menutup aurat mengikut Islam



Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.

HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....



PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH.. TAK TAKUT KE?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel..

HENTIKAN GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP LELAKI!!!

10 360 juta komen:

It's me Syaaz ismail said...

klau laa smua llaki brfikiran sperti awk,n smua muslimat brperikelakuan n brpakaian sperti yg dsyariatkn,msti sjuk je dnia nikn...pasti rasulullah mamapu trsnyum lebar mlihatnya nmun skrg brlaku sbaliknyer.....nauzubillah...

Solihin Zubir said...

jgn ckp camtu.. perangai sy pon xde la bagus sgt.. sekadar nasihat utk diri sindri dan buat yg membaca.. =)
hhhmmm.. tula.. mesti sejuk dunia nie..

chentamiera said...

oh yeke...xtao plak lelaki teransang purata nye 30 kali sehari..

Alhamdulillah dan terima kasih sebab bagi peringatan kepada kaum kami ;)

dianafisa81 said...

haa..last week masa g pontian dgn family..singgah tepi laut tgk org mancing..duduk kat pondok wakaf adela awek tu pakai baju ketat kaler putih...seluar low cut...bila duduk bajunye terangkat..adeh!ngucap mak metua koi nampak celabun awek tu...kalo gebu cam nora danish takpe gak..ni siap ade parut2 bagai...koi nak snap gambar...suami koi tak bagi pulak...

Solihin Zubir said...

ahahaha.. kalau gebu xpe gak kan.. berparut2 pun nk tayang ke.. adeyhh.. muntahhhh.. haha..

ct kamila said...

btol la pepatah " melayu mudah lupa"..

heran knp terlalu bangga mengikut gaya barat..

iena miena said...

lelaki terangsang bila dgr bunyi tapak kasut perempuan ke ??
hoho .. baru tau .. hee ...
lps nieyh x mo pkay tumit tinggi dah laa....

sissyira said...

salam

normal lah lelaki terangsang 30 kali walaupun ada 1 nafsu..hahaha...


tiru macam saya, natural gitu,,,tak payah habis duit beli alat solek,,,,[padahal kedekut]..hahaha

aliefcmoi said...

hahaha..mcm2 style perempuan bertudung ni...adoii``... x sedar2 diaorg ni..malu je..
do follow my blog bro--> http://aliefcmoi.blogspot.com/

Mu Syuk said...

hurm. minta izin copy semua nak share. sumber akan ditulis.