Pages

Friday, June 11, 2010

Siapakah Juara Piala Dunia 2010? Sekadar Ramalan....

Perlawanan pembuka tirai World Cup 2010 diantara pasukan Tuan Rumah, Afrika Selatan vs Mexico akan bermula sebentar sahaja lagi. Korang semua mesti ada pasukan pilihan masing2 kan? Pasti sudah ada yg mula membuat andaian dan ramalan masing2 mengenai pasukan mana yang bakal layak n melangkah lebih jauh seterusnya dinobatkan sebagai juara. Adakah trofi rebutan dunia itu akan menjadi milik pasukan kegemaran korang?

Antara pasukan yang dilabelkan sebagai pasukan pilihan ialah Brazil, Sepanyol, England, Argentina, Jerman, Belanda dan Itali. Namun begitu, dalam kejohanan besar seperti ini, kejutan mungkin berlaku. Bak kata orang, Bola itu Bulat! Apa sahaja boleh berlaku. Kadang-kadang tuah dan nasib menjadi penentu kejayaan sesebuah pasukan.


Pasukan pilihan ramai pada tahun ini ialah Sepanyol yang merupakan Juara Bertahan Euro 2 tahun lepas. Sepanyol merupakan sebuah pasukan yang paling complete pada kejohanan kali ini. Membariskan keseluruhan skuad yang dipenuhi pemain bertaraf bintang.


Brazil juga sebuah pasukan yg sememangnya mantap sejak dahulu lagi. Namun, adakah corak permainan baru yang diterapkan Dunga bakal mengubah rentak Brazil pada kejohanan kali ini? Adakah Kaka serta Fabiano bakal menyerlah?



Wayne Rooney yang menjadi tonggak utama Manchester United dalam kempen EPL yang lalu diramalkan bakal menyinar pada kejohanan kali ini. Adakah Fabio Capello bakal berjaya mengemudi England menjulang Piala Dunia yang telah sekian lama hilang dari dakapan mereka? Dengan Steven Gerrard dilantik sebagai kapten menggantikan Rio Ferdinand yang cedera. Adakah tempat Ferdinand dapat diisi dengan baik oleh penggantinya?


Argentina membariskan 5 penyerang paling prolifik dalam pasukan mereka iatu Gonzalo Higuain yang cemerlang bersama Real Madrid,, Carloz Tevez bersama Man City, Milito bersama Inter Milan, Lionel Messi yang merupakan Pemain Terbaik Dunia serta Kun Aguero yang merupakan menantu Maradona. Skuad Argentina juga sangat kuat. Namun, adakah taktikal yang digunakan Maradona bakal membawa Argentina melangkah lebih jauh pada Kejohanan kali ini? Namun, ramai yang masih meragui kemampuan Maradona sebagai Jurulatih meskipun beliau adalah seorang Lagenda Bola Sepak.

Jerman yang dibarisi majoriti pemain muda dilihat tidak mampu ke semi final. Tambahan pula mereka kehilangan sumber inspirasi mereka, Michael Ballack yang merupakan kapten mereka yang tercedera. Itali pula dilihat tidak mampu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka 4 tahun lalu. Skuad mereka kali ini agak berusia. Tetapi, adakah pengalaman akan membantu mereka? Portugal pula dilihat hanya terlalu bergantung kepada bintang termahal mereka, Cristiano Ronaldo. Dengan skuad mereka diundi di dalam pasukan maut yang dibarisi Brazil, Ivory Coast dan Korea Utara serta kemungkinan besar terpaksa berhadapan dengan Sepanyol di pusingan kedua.


Setelah diamati, aku meramalkan pasukan yang mampu melangkah ke semi final kali ini ialah England vs Brazil serta Spain vs Argentina. Ia hanyalah sekadar ramalan. Ramalan tidak semestinya tepat. Bola bukannya petak. Apa sahaja boleh terjadi.

0 360 juta komen: