Pages

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa

Ramai orang yang sambut dan ingat HARI IBU. Macam-macam sambutan dan anugerah diorang buat untuk meraikan kaum ibu. Memang meriah sungguh. Bangga betul wanita-wanita yang bergelar ibu. Tapi korang jangan lupa juga HARI BAPA yg disambut pada setiap hari ahad minggu ketiga Jun setiap tahun.. Ada orang kisah dan ada yang tak kisah langsung pasal hari bapa ni. Kekadang tu terasa la jugak. Kesian gak kat kaum bapa ni. Macamlah bapa ni tak banyak sumbangan atau agaknya pasal peribahasa setakat sebut BAPAK BOREK, ANAK RINTIK berbanding tentang ibu, SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU.. hehe..
 

Kadang-kadang tu bila anak dok buat silap atau salah, biasanya mak akan kata kt ayah, “ Haaa….tengok tu perangai anak awak, sama macam pak dia…”. Tapi bila anak dapat pujian, mulalah mak kata, “ Aiii…anak sapa, tengokla mak dia…”. Tengok! Ayah jugak la yang terok! Mak jugak yang baek! Kepada kaum hawa, jangan terasa pulak. Bukan semua macam tu.. Dua-dua baek sebenarnya.. hehe..

Apapun itu antara senario yang kadang-kadang kita lihat. Tapi saya percaya kita semua tak amal la perangai macam tu. Bagi saya, mak atau ayah, diorang semua sama. Tanpa mereka berdua, siapalah kita. Hari ini kita kena balas balik semua pengorbanan dan jasa mereka walaupun tak terbalas. Sebab kita juga akan jadi bapa dan ada anak suatu hari nanti. Tentunya kita jugak mahu anak-anak kita jadi manusia yang tahu membalas budi dan berjasa pada kedua ibubapa.

Di sini juga saya nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua kaum Adam yang bergelar Bapa, Ayah, Abah, Papa, Walid, Abuya, Abi, Ayahanda, Daddy, Papi dan macam2 lagi lah gelaran untuk insan tersebut.. Tidak lupa juga kepada Ayahandaku yang tercinta, Tuan Haji Mohd Zubir Bin Haji Wahab.. Selamat Hari Bapa.. Jasamu dikenang!

0 360 juta komen: