Pages

Friday, June 11, 2010

Piala Dunia 2010 Afrika Selatan

Demam Piala Dunia 2010 kian menjadi-jadi. Bermula dari 11Jun hinggalah 11Julai 2010. Tinggal lagi beberapa jam sahaja lagi sepak mula bakal berlangsung. Kejohanan bola sepak terbesar dunia yang diadakan setiap 4 tahun sekali ini berlangsung di Afrika Selatan buat pertama kali sebagai tuan rumah. Sepanjang kejohanan ini berlagsung, akan ada yg ber'Qiamullail' bersengkang mata menyaksikan pasukan kesayangan masing2 beraksi.

Sebanyak 32 pasukan yang telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir ini setelah melepasi peringkat kelayakan di zon masing-masing. Lapan pasukan juga dilabelkan sebagai pasukan pilihan iaitu Afrika Selatan (selaku tuan rumah), Argentina, England, Jerman, Belanda, Itali, Brazil & Sepanyol. Lapan pasukan tersebut mengetuai kumpulan masing-masing. Kumpulan maut pada kejohanan kali ini adalah kumpulan G yg membariskan pasukan Brazil, Portugal, Ivory Coast dan Korea Utara. Ramai yang meramalkan pasukan Sepanyol, Brazil & England mampu pergi jauh pada kejohanan kali ini. Namun, bola itu bukannya petak. Kejutan sentiasa boleh berlaku.




0 360 juta komen: