Pages

Friday, June 11, 2010

JABULANI


JABULANI merupakan bola rasmi yang akan digunakan sepanjang Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan pada tahun ini. JABULANI bermaksud mari meraikan dalam bahasa Zulu, yang digunakan sekurang-kurangnya 25% daripada penduduk Afrika Selatan.
Nombor istimewa di sebalik bola ini ialah 11, di mana ia mempunyai 11 warna yang berbeza tetapi warna utamanya ialah PUTIH, HITAM dan KUNING. 11 warna ini melambangkan jumlah pemain dalam sebuah pasukan bola sepak, 11 bahasa rasmi di negara tuan rumah, dan 11 masyarakat Afrika Selatan. Kepelbagaian semua 11 aspek disatukan pada satu bola, yang akan digunakan untuk acara bola sepak terbesar di dunia, Piala Dunia 2010.


0 360 juta komen: