Pages

Wednesday, June 9, 2010

Hari Melukis Gambar Nabi : Wajarkah Facebook diHaramkan?

Adakah sahabat2 sudah tahu akan perkara ini??? Mungkin dah ada yang tahu dan saya ingin kongsikan bersama2 pd kalian, Apa yang terdapat di surat khabar Berita Harian dihalaman Dunia..

''Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook.

Beliau meminta maaf kerana mengadakan kempen melukis muka Nabi Muhammad S.A.W.. Beliau berkata dan merasakan, tidak sangka bahawa kempen itu mencetuskan kemarahan umat Islam.

Katanya, melukis muka Nabi Muhammad S.A.W amat menyeronokkan baginya. Malah, beliau turut mencadangkan supaya setiap 20 Mei dijadikan ''Hari Melukis Muhammad S.A.W''. Beliau melakar gambar itu kerana membantah stesen Comedy Central membatalkan satu episod South Park memaparkan imej Nabi S.A.W.

Dia menggunakan Facebook untuk memudahkan pengguna siber menyertai usaha itu. Pakistan mengarahkan agar laman web Facebook itu disekat dengan segera. Khamis lalu, Pakistan menyekat laman web YouTube atas sebab yang sama. YouTube memberitahu, ia sedang mengkaji perkara itu bagi memulihkan khidmatnya kepada pengguna secepat mungkin''...

*******

Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang. Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu. Sehingga lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah.

Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad..

Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei. Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu.

Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan
kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan. Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina Nabi S.A.W. Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya.

Diharapkan pengguna facebook sedar akan tujuan mereka menyertai laman sosial ini. Mungkin ada kebaikan dan terdapat juga keburukan sama-sama kita renungkan dan malah kita sama2 fikirkan Jangan sampai dalam tidak disedari, kita sendiri bersubahat dalam menjatuhkan Islam. Tepuk dada tanya IMAN..

P/S : Diharap tidak ada unsur lain yg ingin disampaikan disini dari berita yang sama2 kita kongsikan untuk pengetahuan dr semasa ke semasa akan perlakuan mereka terhadap ISLAM...

Takbir! Allahuakbar!

0 360 juta komen: