Pages

Wednesday, June 16, 2010

Apa itu VUVUZELA?


Kalau korang tengok World Cup, korang mesti dengar bunyi bising x hingat punya kat dalam TV masa game tengah berlangsung. Macam bunyi gajah mengamok pon ada. Macam bunyi berjuta-juta ekor lebah or langau pon ada. Tapi yang pasti, bunyi tu memang bising nk mampos! Suara penyokong langsung tak kedengaran pada Piala Dunia kali ni. Bunyi tu menenggelamkan suara semua penyokong! Musti bengang player-player yang tengah main bola kat tengah padang tu. Yela.. bapak bising kowt.. Boleh hilang fokus woo.. mental down! hahaha.. Silap-silap, referee tiup wisel pon tak dengar nanti.. hehehe... Bunyi yang sangat bising itu adalah bunyi VUVUZELA!


Apa itu VUVUZELA? Vuvuzela ni adalah sebuah trompet yang diperbuat daripada plastik yang panjangnya sekitar 1 meter. Ia juga disebut "lepatata" dalam bahasa Setswana atau juga stadium horn yang digunakan di dalam stadium di Afrika Selatan. Bunyi tiupan alat inilah yang menyebabkan bunyi bising yang melampau itu. Kesan dari vuvuzela ini salah satunya adalah merosakkan telinga kerana bunyinya yang kuat. Pada awalnya, bunyi vuvuzela adalah sekitar 127 dB(decibel). Tapi kini dengan teknologi terkini, bunyi vuvuzela telah dikurangkan kepada 20dB. Bayangkan kalau bunyi 127dB? Nak main bola pon xde mood! Jangan pelik la kalau ada player yang still syok sendiri main bola walaupon referee dh tiup wisel penamat. x dengar bunyi wisel la katakan.. hahaha...


Vuvuzela telah menimbulkan kontroversi di kalangan ramai orang secara individu mahupun organisasi. Fifa pernah bercadang untuk tidak membenarkan vuvuzela digunakan selama Piala Dunia 2010 berlangsung kerana khuatir bahawa hooligan boleh menggunakan instrumen tersebut sebagai senjata selain bunyinya yang kuat mengundang rasa tidak senang kebanyakan pihak. Namun, Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan (SAFA) membuat bantahan dan menunjukkan bahawa vuvuzela sangat penting bagi suasana bola sepak Afrika Selatan kerana itu cara penyokong mereka memberi sokongan. Kemudian, FIFA memutuskan pada bulan Julai 2008 untuk membatalkan larangan tersebut, dan mengizinkan vuvuzela di Piala Konfederasi. Presiden FIFA Sepp Blatter yang menentang pelarangan vuvuzela, berkata "We should not try to Europeanise an African World Cup!". FIFA akhirnya memutuskan untuk mengizinkan instrumen itu untuk Piala Dunia 2010 juga, kecuali untuk vuvuzela yang lebih dari satu meter.


Kepada yang still tak dapat terima bunyi bising tu, sabo jela.. Ala.. 4 tahun skali je pon.. tue budaya Afrika, kita kena hormat jugak. Lain tempat, lain adat kan.. Lagi 4 tahun wat kat tempat lain plak kan.. hehe.. Pape pon, enjoy! Sebenarnya aku pon teringin gak nk beli satu vuvuzela 2 untuk wat kenangan walaupon aku sendiri x suka bunyi bising dia.. haha.. Sebab apa? Sebab vuvuzela ni ada pelbagai jenis corak dan saiz. CANTIK! Err.. ada sesiapa yang pegi Afrika? bawak balik la satu utk aku eh.. hehehe.. =)

8 360 juta komen:

✿ Mai.Qadeeja ✿ said...

ahahah sume sal bola besh2..sy skang kat africa,mao kirim vuvuzela nih ngah3..btw,idup spain wakaka tetiber!

Solihin Zubir said...

yeke.. tlong beli 1 bundle vuvuzela untuk sy eh.. ahahaha.. ;-p
yup! idup SPAIN! walaupon dh kalah td.. sob3..

✿ Mai.Qadeeja ✿ said...

1 bundle??byk 2,caner nk bwk naek flight nt wakaka..xpe bwu skali kalah heheh

Solihin Zubir said...

waka-waka.. haha.. xpa2.. flight kargo kan ada.. hehe..
hhmmm.. xpa.. kalah byk kali pon xpa.. tetap spain di hati! huhu.. ;-p

✿ Mai.Qadeeja ✿ said...

hahhaa sengal jewk lempang kang!a'ah spain ttap d ati wuhuuu..btw,thanx yep jd follower heee.;))

Solihin Zubir said...

setia pd yg 1.. haha..
err.. welkem.. thanx gak coz jd follower..
pakat2 sapot la blog yg sunyi ini.. huhu..

✿ Mai.Qadeeja ✿ said...

wokeyh2,nt sy tlong tiup vuvuzela kat blog nih bwu xsunyi nt muahhaha

Solihin Zubir said...

ahhahaa.. makaceh2..