Pages

Wednesday, June 23, 2010

8 Tahun Pemergian Mujahid Agung- Allahyarham Ustaz Fadzil Noor


Hari ini, 23 Jun 2010 maka genaplah 8 tahun pemergian seorang mujahid terulung iaitu Almarhum Dato' Haji Fadzil bin Noor setelah beliau menghembuskan nafas terakhir beliau pada 23 Jun 2002, 8 tahun yang lalu kerana masalah jantung. Pusara Allahyarham Ustaz Fadzil dekat saja dengan rumah aku. Jalan kaki tak sampai 10minit dah sampai. Sebab umah aku dekat ja dengan Muassasah Darul Ulum Pokok Sena, tempat beliau disemadikan.

Aku masih ingat lagi peristiwa tersebut. Masa tu aku dok blajaq di Tingkatan 3, Maktab Mahmud Alor Star. (Maktab Mahmud juga adalah tempat Allahyarham belajar dahulu. Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar kt situ pada tahun 1967) Aku dok hostel. Bila aku dan kawan-kawan aku dengar ja pasal berita pemergian Ustaz, kami semua terus bergegas bersiap pi tunggu bas nak pi Pokok Sena, sembahyang jenazah. Sepanjang perjalanan kami dalam bas tu, Ya Allah.. punyala lembab bas 2 bergerak coz jalan teramat-amat sesak. Ramai yang nak menuju ke Pokok Sena untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Ustaz Fadzil.

Bila sampai ja, meremang bulu roma aku tengok. Lautan manusia memenuhi jalan daripada Pokok Sena ke Kuala Nerang. Tak pernah aku tengok begitu ramai orang yang menghadiri majlis pengkebumian macam ni. Sultan mangkat pun tak macam ni. Sembahyang jenazah yang diimamkan Mursidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz pula terpaksa dibuat secara bergilir-gilir kerana ramai yang nak sembahyang. Lepas tu, ramai yang berpusu-pusu berebut nak usung keranda Allahyarham. Bayangkanlah kt dunia pun Allah dah tunjuk macam mana orang menyanjungi beliau. Kat akhirat kelak, MasyaAllah.. Kagum betul aku tengok fenomena tersebut depan mata aku. Begitulah betapa hebatnya seorang pejuang Islam yang bernama Ustaz Fadzil Noor. Mujahid Terulung! Pemergian beliau amatlah dirasai.

AL-FATIHAH...


2 360 juta komen:

a.samad jaafar said...

alangkah indahnya jika almarhum masih hidup dan dpt menyaksikan kebangkitan rakyat pada hari ini.. saya sedih apabila mengenangkan hal ini..

GamUHU said...

pemimpin terbaik yang penah aku tengok!